Kami bersimpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga Nurin Jazlin. Mudah-mudahan keluarga Nurin dapat bersabar di atas musibah ini.



TIPS UNTUK ELAK KEJADIAN ROGOL TERHADAP KANAK-KANAK

1- Anak2 kecil mesti sentiasa dibawah pengawasan ibu-bapa, guru-guru atau penjaga yang dipercayai. Kanak-kanak juga boleh dirogol oleh penjaga atau keluarga penjaga/pengasuh, oleh itu sentiasa ada rasa ‘cemburu’ dan berhati-hati.

2- Latih anak-anak untuk menjauhi orang yang tidak dikenali, kalau perlu ingatkan setiap hari iaitu semasa meninggalkan anak-anak dirumah atau Tadika / Sekolah.

3- Ingatkan pada anak-anak anggota tubuh badannya yang tidak patut disentuh oleh sesiapa pun kecuali oleh ibubapa atau pengasuh semasa mandi atau masa buang air.

4- Galakkan anak2 untuk bercakap atau bercerita apa yang berlaku sepanjang peninggalan ibu bapa supaya dengan ini dia akan memaklumkan perkara2 yang mungkin tidak difahaminya yang berlaku keatasnya.

5- Bertindak awal jika telah ada tanda-tanda maruah anak2 cuba dicerobohi. Jangan pandang remeh tanda2 ini takut nanti kita menyesal.

6- Seboleh2nya jangan benarkan anak2 tidur dirumah orang lain kecuali sangat perlu dan keluarga tersebut dikenali sebagai keluarga yang amanah dan berhemah.

7- Latih anak2 untuk menjerit minta tolong atau sebut ”API-API” jika ada gangguan atau pencerobohan terhadap dirinya. Kajian mendapati jeritan ’API” lebih diberi perhatian oleh orang ramai dari jeritan minta tolong.

8- Keluarga terdekat juga boleh menceroboh maruah anak2, jadi ibu-ibu perlu maklumkan pada anak2 juga tentang perkara tersebut.

9- Sentiasa berhubung dengan guru-guru, penjaga atau pengasuh tentang isu-isu keselamatan anak2

10- Pastikan kita berdoa dan ajar anak2 berdoa mohon keselamatan serta perlindungan Tuhan semasa melangkah keluar rumah, contoh: ”Bismillahi tawakkaltu ’alAllah”.

11- Amalkan doa yang boleh dibaca untuk mengelak kejadian rogol dipetik daripada hadis:

 

رَسُولَ اللَّهِ  يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

 

DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM  

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ;   At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah  Syeikh Syuaib ; Hasan)



Tips Masyarakat ini diilhamkan oleh Dewan Muslimat PAS Titiwangsa untuk Kami Prihatin.

Petikan hadis tersebut di ambil dari website www.zaharuddin.net

© 2000 - 2009 powered by
www.doteasy.com